Senin, Agustus 27, 2012

Sekolah Ini Mengajar Cara Untuk Menghidupkan Mayat!


Sebuah gereja, Hillsong Evengelis yang telah membuka sebuah sekolah “Supernatural” di sini bukan sahaja berkemampuan untuk merawat penyakit kanser dan membantu wanita yang mandul untuk mendapatkan anak, malah mereka juga mampu mengajar para pelajar nya cara untuk menghidupkan orang yang telah mati.

Sepanjang sekolah itu dibuka selama 6 bulan yang lalu, ia telah mempunyai sebanyak 70 orang pelajar. Kursus tersebut telah dikelolakan oleh Gereja Westlife yang terletak di Brisbane, Australia seperti yang dilaporkan oleh Queensland Times. Kursus tersebut berjalan berdasarkan proses pembelajaran yang diterima daripada Gereja Bethel Evengelis di Amerika Syarikat dan seorang pemimpin kontroversi iaitu Bill Johnson yang mengajar para muridnya menggunakan rakaman DVD.

Pengurus Gereja Westlife, Tvone Baker berkata kepada Queensland Times bahawa beberapa ‘keajaiban’ telah pun berlaku di gerejanya dan mereka memiliki harapan yang tinggi terhadap para guru di ‘Sekolah Supernatural Evengelis’ untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses mendidik.

Paderi gereja tersebut menjelaskan: “Sekolah Supernatural ini dirancang bagi membekalkan kepada para pelajarnya satu kaedah ‘hidup dan bertindak’ seperti yang terkandung di dalam kitab Bible dan secara praktikalnya untuk melihat sendiri kerajaan Tuhan secara nyata di muka Bumi dan juga di alam ghaib. “Dalam proses ini, manusia dapat lebih memahami alam ghaib dan mengawalnya tanpa rasa takut dan gagal.”

Walaubagaimana pun, paderi tersebut tidak menjelaskan berapakah kos pembiayaan yang perlu dibayar untuk menghadiri kursus di sekolah tersebut dan tidak bersedia untuk sebarang pertanyaan lanjut. Gereja tersebut berada berdekatan Ipswich, iaitu sebuah tempat yang pernah mengalami banjir dasyhat pada awal tahun ini. Hal ini juga menggambarkan gereja Hillsong sebagai ‘gereja induk’ dalam buletin gereja.
p/s: Yang aku tahu kalau mayat hidup lagi itu adalah zombie =,=’

sumber: drysheet.blogspot.com
Galery Berita Unik Dan Menarik
Galery Berita unik dan Menarik Updated at: 8/27/2012 07:10:00 AM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Xpresikan Komentar sobat disini sesuka hati, sesuai dengan Tuntunan Demokrasi dan tanpa menyakiti siapapun yang tak layak disakiti !!!
No Spam
No Life Link
No Sara
No Teror